Kenapa Anda Harus Memilih Kami!
Servis yang Kami Tawarkan
Breast Scan
Pemeriksaan imbasan bunyi utk payudara. Digalakkan bagi wanita yang berusia bawah 40 tahun sebagai pemeriksaan tahunan.
.
Upper Abdominal Scan
Melibatkan pemeriksaan imbasan bunyi pada bahagian abdomen. Antara organ yang akan diimbas ialah pancreas, hati, aorta(salur darah utama), pundi hempedu dan salur hempedu, ginjal serta limpa. Sesuai untuk lelaki & wanita bagi semua peringkat umur.
Detail Scan
Pemeriksaan imbasan bunyi secara terperinci bagi setiap bahagian/organ bayi serta kandungan.Melibatkan imbasan asas seperti GROWTH SCAN dan diteliti setiap organ bayi seperti otak, tempurung kepala, facial, tulang belakang, tulang-tulang utama serta jari kaki tangan, organ dalaman seperti jantung, hati, perut, peparu, usus, tali pusat, pundi kencing dan sebagainya. Kedudukan uri, jenis dan bentuk serta kajian Doppler (jika perlu) Digalakan pada usia kandungan 20-26 minggu.
3D-4D Scan
Pemeriksaan imbasan bunyi dalam bentuk 3 dimensi (gambar berwarna oren) serta 4 dimensi (video 3 dimensi) Dipengaruhi beberapa faktor seperti maternal habitus (gemuk/kurus), posisi bayi ketika scan, kandungan air ketuban dan usia kandungan. Digalakkan pada usia kandungan 26 minggu hingga 32 minggu.
Kursus Ultrasound
Kenali Kami
Suraya Sulaiman adalah antara sonographer untuk Sonoworld. Mendapat pendidikan Ijazah dalam Pengimejan X-Ray di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Minat yg mendalam dalam bidang sains membawa beliau mendalami ilmu kesihatan & perubatan di peringkat lebih tinggi di Vision College sebagai pakar ultrasound scan (sonographer).
Apa Kata Mereka Tentang kami
Terima Kasih Untuk Sokongan Anda!
Tanya Sonographer Kami
“Sering saya dengar orang kata tak elok kalau scan selalu . contoh sebulan sekali .boleh sis terangkan kebenarannya tak ? bagi orang faham kadang2 terasa hati bila orang pertikai pergi scan tiap2 bulan .betul ke tak elok ?”
Tiada masalah untuk scan selalu. Scan bila perlu, contohnya sebulan sekali. Bukannya hari hari
Informasi Berguna
Apa itu Ultrasound?
Skan ultrasound melibatkan penghantaran bunyi frekuensi tinggi melalui uterus. Bunyi itu melantun dari bayi dan gema yang melantun kembali itulah yang diterjemah oleh komputer untuk menghasilkan imej atas skrin
Apakah imbasan 3D dan 4D?
Skan 3-D adalah gambar-gambar tidak bergerak yang menunjukkan bayi dalam tiga dimensi, seperti foto-foto yang anda pernah lihat dalam surat khabar dan majalah
10 langkah untuk kehamilan sihat
Kehamilan adalah masa yang paling sesuai untuk anda mula menjaga diri anda dengan baik dari kedua-dua segi fizikal dan juga emosi. Kami berikan 10 langkah untuk kehamilan yang sihat