TIPS CARA MENERAN DENGAN BETUL SEMASA BERSALIN

TIPS CARA MENERAN DENGAN BETUL SEMASA BERSALIN

Waktu Mula Meneran

Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10 cm) iaitu ketika kepala janin sudahpun turun ke dasar pinggul.

Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.

Posisi Meneran Yang Tepat

Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka. Kedua tangan memeluk peha dengan cara melingkarkannya ke bawah paha. Meneran juga dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada di sebelah kiri ataupun kanan.

Cara Meneran

Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya. Waktu ini doktor akan meminta anda untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil). Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya anda dapat melihat perut anda.

Bagaimanapun, ramai juga ibu hamil yang melakukan kesilapan ketika meneran. Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna. Ia akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukarkan proses bersalin selanjutnya.

Di samping itu ada juga ibu hamil yang silap meneran ‘di leher’ dan bukannya di perut. Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang-kadang disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.

1. Angkat kepala dagu cecah dada.
2. Mata pandang perut
3. Tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali)
4. Masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan anda kurang tenaga dan lemah
5. Masa teran tu jangan sesekali angkat punggung kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina
6. Tarik nafas sedalam yang boleh dan teran macam nak buang air besar tanpa blow nafas anda.
7. Teran sekuat yang terdaya selama yang boleh dan curi nafas kemudian sambung teran tiap kontraksi
8. Tolak semasa kontraksi sahaja sebab masa tu baby pun gerak sama, jadi jangan buang masa
9. Baca Bismillah, Selawat

Tips tambahan:

Kongsi lah tips ni dengan suami supaya dapat mengingatkan anda. Mungkin masa tu anda akan terlupa disebabkan menahan sakit. Bila suami dah tau senang lah dia memberi panduan kepada anda.

Buat Sendiri Air Selusuh Cara Ustaz Don

Nama Ustaz Don memang tak asing lagi di Malaysia khususnya di TV-Alhijrah. Dengan loghat utara yang pekat, Ustaz Don berjaya mengikat hati penonton program 30 Minit Bersama Ustaz Don.

Dan bagi golongan bakal Ibu dan bapa yang menantikan kelahiran anak, Ustaz Don dengan senang hati berkongsi cara buat air selusuh sendiri di Majalah WANITA keluaran JUN 2014.

Ternyata, Mudahnya Buat Sendiri Air Selusuh Cara Ustaz Don ini.

Gambar Kredit- Page Ustaz Don DDaniyal Don Biyajid: Solat & Selawat

Para suami adalah orang yang paling afdhal untuk menyediakannya. Hanya ada 5 langkah untuk di baca:

1. Langkah Pertama: Surah Al-Fatihah (1X)

2. Langkah Kedua: Surah Al-Hasyr Ayat 21 hingga 24

 

Terjemahan Ayat 21: Kalau sekiranya Kami turunkan AL-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnyatunduk terpecah belah di sebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.

Terjemahan Ayat 22: Dialah Allah tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Terjemahan Ayat 23: Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Raja yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang Mengurniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

 

Terjemahan Ayat 24: Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang Membentuk Rupa, yang Mempunyai Asmaul Husna, Bertasbihlah kepadaNya apa yang di langit dan Bumi. Dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

3. Langkah Ketiga

selawat_syifa

Selawat Syifa’

Selawat Syifa

4. Langkah Keempat

Doa Selusuh, Terjemahannya:

” Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.

 

5. Langkah Kelima

Terjemahannya:

“Ya Allah, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang Maha Memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, Ya Arhamar Rahimin.

Kisah Air Selusuh Dan Kelahiran Don Mustofa

Mengikut cerita isteri Ustaz Don, Dr Husna pada hari beliau melahirkan anak mereka Don Mustofa pada 18 Januari 2014 suaminya itu tidak sempat pun membuat air selusuh sebenarnya.

Ustaz Don hanya menghembuskan ayat-ayat untuk membuat air selusuh tersebut dan mengusapkan sahaja pada perut beliau sebelum bersalin.

Alhamdulillah. Berkat doa seorang suami segalanya dipermudahkan. Redha suami datang bersama redha Allah. Sama-sama kita doakan agar kandungan kita selamat dan di permudahkan proses kelahirannya nanti.

FB group: sonoworld: kesihatan & kehamilan

FB pages: www.facebook.com/3d4dsonoworld