Berpuasa ketika hamil

Puasa dan Hamil

             Wanita hamil yang berpuasa mungkin mengalami kesan sampingan seperti hipoglisemia (paras glukosa dalam darah yang lebih rendah daripada normal), ketosis dan dehidrasi. Risiko ini dikatakan meningkat jika berpuasa di awal kehamilan (trimester pertama) kerana biasanya pada fasa ini banyak berlaku komplikasi kehamilan yang kurang menyenangkan. Oleh itu, doktor-doktor tidak menggalakkan ibu-ibu yang berada pada fasa pertama kehamilan untuk berpuasa.

Walau bagaimanpun, tiada satu nasihat yang seragam atau ‘one size fits all’ yang boleh digunakan oleh semua wanita hamil yang ingin berpuasa.

Oleh itu, walalupun si ibu merasakan badan mereka ‘ok’, ibu-ibu hamil yang ingin berpuasa dinasihatkan berjumpa doktor agar doktor dapat memeriksa keadaan sebenar anda dan keupayaan anda untuk berpuasa.

Namun, dalam keadaan-keadaan tertentu, doktor akan melarang anda berpuasa sekiranya anda mengalami:

  • kencing manis
  • penyakit hati yang tidak berfungsi
  • penyakit bronchial asthma yang teruk
  • tekanan darah tinggi yang tidak terkawal
  • kehamilan kembar
  • risiko kelahiran pramatang
  • masalah-masalah lain berkaitan kehamilan yang serius

        Tidak dinafikan ada ibu-ibu hamil yang berjaya berpuasa penuh di bulan Ramadhan. Bahagia rasanya dapat menjalani ibadah puasa tanpa ‘gangguan’ daripada ‘kawan baik’ kita yang selalu datang setiap bulan itu.

Tanda-tanda Yang Harus Diberikan Perhatian

          Namun, harus diperhatikan tanda-tanda seperti di bawah ini agar anda dan kandungan anda tidak terjejas disebabkan puasa anda itu. Lagipun, sebagai wanita hamil, anda memang telah diberi lampu hijau dari awal lagi untuk tidak berpuasa.

  • Pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Cuba berehat selama setengah jam dan jika tiada perubahan, segera hubungi doktor anda.
  • Loya atau muntah.
  • Sekiranya usia kandungan melebihi 20 minggu, perhatikan jika terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda (tidak bergerak/kurang menendang).
  • Berasa sangat dahaga atau air kencing berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda dehidrasi.
  • Berat badan tidak bertambah atau berkurangan berat badan.
  • Rasa sakit seakan-akan sakit bersalin.
  • Sakit kepala atau demam.

Pemakanan Wanita Hamil di Bulan Puasa

       Utamakan memakan makanan yang berprotein tinggi seperti daging dan telur kerana protein boleh disimpan di dalam tubuh pada kadar yang lebih lama berbanding kumpulan vitamin yang lain.

Banyakkan juga mengambil makanan yang berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar supaya mampu menahan lapar.

Jangan lupa mengambil vitamin tambahan ketika sahur bagi mengekalkan kesegaran badan sepanjang hari.

Lewatkan waktu bersahur. Kalau boleh, bersahurlah hingga ke saat-saat akhir imsak supaya anda tidak cepat berasa lapar pada siang hari.

Usahakan untuk minum 2 liter air masak selepas waktu berbuka hingga ke waktu imsak. Minum sedikit-sedikit tetapi kedownloadrap bagi mengelakkan dehidrasi di siang hari.

 

 

 

Sumber diperoleh daripada

 https://my.theasianparent.com/selamatkah-berpuasa-ketika-hamil/

Fibroid Semasa Hamil

 

Apa itu fibroid? 

            Fibroid merupakan sejenis penyakit  di mana berlakunya pertumbuhan tisu-tisu yang tidak normal pada dinding rahim atau uterus.  Penyakit fibroid ini menyerang wanita tanpa menunjukkan sebarang tanda seseorang itu menghidapnya.

Kebiasaannya mereka hanya mengetahui bahawa mereka menghidap penyakit tersebut pada peringkat fibroid tersebut telah membesar.

Menyerang kaum Hawa yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun (usia reproduktif), fibroid adalah satu ketumbuhan yang jinak atau benign tumor yang biasa pada rahim wanita. Didapati lebih 20 hingga 25 peratus wanita mempunyai fibroid, wanita hamil juga tidak terkecuali daripada penyakit ini.

Menurut Pakar Perunding Sakit Puan dan Perbidanan, Mahkota MedicalCentre, Dr. Ahmad Saifuddin Ahmad Yahaya, fibroid yang ada pada wanita hamil bukanlah satu perkara luar biasa kerana ibu-ibu hamil akan menghasilkan lebih estrogen di mana ia akan menyebabkan fibroid tersebut menjadi aktif.

Katanya lagi, majoriti wanita yang menghidap penyakit ini tidak akan mengalami simptom-simptom bagaimanapun ia bergantung di mana fibroid itu berada serta saiznya.

Tambah beliau lagi, individu yang mempunyai fibroid hanya akan berasa sakit sekiranya fibroid mengalami pendarahan dan jangkitan kuman yang kebiasaannya pada fibroid yang bersaiz besar.

Fibroid yang bersaiz besar kadangkala menekan pundi kencing menyebabkan individu mempunyai simptom sering kencing manakala fibroid di dalam ruang endometrium atau submukosa iaitu pada dinding rahim yang akan menyebabkan individu tersebut sukar untuk hamil kerana penyempitan pada salur fallopio boleh berlaku.

 

Adakah fiborid akan mengganggu kehamilan?

             Dalam kalangan wanita hari ini, 20 hingga 25 peratus daripada mereka mempunyai fibroid bagaimanapun daripada jumlah ini 10 hingga 12 peratus sahaja yang menghidapinya ketika hamil.

“Bagi wanita sedang hamil tidak semua fibroid akan membesar atau aktif .

Fibroid membesar ketika hamil adalah disebabkan hormon estrogen yang meningkat ketika hamil, begitupun tidak semua fibroid akan membesar atau aktif ketika hamil.

Kebiasaannya fibroid yang berukuran lebih daripada enam sentimeter berkemungkinan untuk lebih membesar ketika hamil dan pemantauan perlu dilakukan secara pemeriksaan klinikal atau imbasan ultrasound untuk melihat sama ada fibroid membesar serta melihat perkembangan fibroid ketika hamil,” ujarnya.

 

Sumber diperoleh daripada:
Facebook Lovera Malaysia

 

Berikut merupakan contoh fibroid yang boleh dikesan sewaktu pemeriksaan ultrasound.

Anterior Uterine Fibroid Wall

20160606_121536-1