Berpuasa ketika hamil

Puasa dan Hamil

             Wanita hamil yang berpuasa mungkin mengalami kesan sampingan seperti hipoglisemia (paras glukosa dalam darah yang lebih rendah daripada normal), ketosis dan dehidrasi. Risiko ini dikatakan meningkat jika berpuasa di awal kehamilan (trimester pertama) kerana biasanya pada fasa ini banyak berlaku komplikasi kehamilan yang kurang menyenangkan. Oleh itu, doktor-doktor tidak menggalakkan ibu-ibu yang berada pada fasa pertama kehamilan untuk berpuasa.

Walau bagaimanpun, tiada satu nasihat yang seragam atau ‘one size fits all’ yang boleh digunakan oleh semua wanita hamil yang ingin berpuasa.

Oleh itu, walalupun si ibu merasakan badan mereka ‘ok’, ibu-ibu hamil yang ingin berpuasa dinasihatkan berjumpa doktor agar doktor dapat memeriksa keadaan sebenar anda dan keupayaan anda untuk berpuasa.

Namun, dalam keadaan-keadaan tertentu, doktor akan melarang anda berpuasa sekiranya anda mengalami:

  • kencing manis
  • penyakit hati yang tidak berfungsi
  • penyakit bronchial asthma yang teruk
  • tekanan darah tinggi yang tidak terkawal
  • kehamilan kembar
  • risiko kelahiran pramatang
  • masalah-masalah lain berkaitan kehamilan yang serius

        Tidak dinafikan ada ibu-ibu hamil yang berjaya berpuasa penuh di bulan Ramadhan. Bahagia rasanya dapat menjalani ibadah puasa tanpa ‘gangguan’ daripada ‘kawan baik’ kita yang selalu datang setiap bulan itu.

Tanda-tanda Yang Harus Diberikan Perhatian

          Namun, harus diperhatikan tanda-tanda seperti di bawah ini agar anda dan kandungan anda tidak terjejas disebabkan puasa anda itu. Lagipun, sebagai wanita hamil, anda memang telah diberi lampu hijau dari awal lagi untuk tidak berpuasa.

  • Pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Cuba berehat selama setengah jam dan jika tiada perubahan, segera hubungi doktor anda.
  • Loya atau muntah.
  • Sekiranya usia kandungan melebihi 20 minggu, perhatikan jika terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda (tidak bergerak/kurang menendang).
  • Berasa sangat dahaga atau air kencing berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda dehidrasi.
  • Berat badan tidak bertambah atau berkurangan berat badan.
  • Rasa sakit seakan-akan sakit bersalin.
  • Sakit kepala atau demam.

Pemakanan Wanita Hamil di Bulan Puasa

       Utamakan memakan makanan yang berprotein tinggi seperti daging dan telur kerana protein boleh disimpan di dalam tubuh pada kadar yang lebih lama berbanding kumpulan vitamin yang lain.

Banyakkan juga mengambil makanan yang berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar supaya mampu menahan lapar.

Jangan lupa mengambil vitamin tambahan ketika sahur bagi mengekalkan kesegaran badan sepanjang hari.

Lewatkan waktu bersahur. Kalau boleh, bersahurlah hingga ke saat-saat akhir imsak supaya anda tidak cepat berasa lapar pada siang hari.

Usahakan untuk minum 2 liter air masak selepas waktu berbuka hingga ke waktu imsak. Minum sedikit-sedikit tetapi kedownloadrap bagi mengelakkan dehidrasi di siang hari.

 

 

 

Sumber diperoleh daripada

 https://my.theasianparent.com/selamatkah-berpuasa-ketika-hamil/

Fibroid Semasa Hamil

 

Apa itu fibroid? 

            Fibroid merupakan sejenis penyakit  di mana berlakunya pertumbuhan tisu-tisu yang tidak normal pada dinding rahim atau uterus.  Penyakit fibroid ini menyerang wanita tanpa menunjukkan sebarang tanda seseorang itu menghidapnya.

Kebiasaannya mereka hanya mengetahui bahawa mereka menghidap penyakit tersebut pada peringkat fibroid tersebut telah membesar.

Menyerang kaum Hawa yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun (usia reproduktif), fibroid adalah satu ketumbuhan yang jinak atau benign tumor yang biasa pada rahim wanita. Didapati lebih 20 hingga 25 peratus wanita mempunyai fibroid, wanita hamil juga tidak terkecuali daripada penyakit ini.

Menurut Pakar Perunding Sakit Puan dan Perbidanan, Mahkota MedicalCentre, Dr. Ahmad Saifuddin Ahmad Yahaya, fibroid yang ada pada wanita hamil bukanlah satu perkara luar biasa kerana ibu-ibu hamil akan menghasilkan lebih estrogen di mana ia akan menyebabkan fibroid tersebut menjadi aktif.

Katanya lagi, majoriti wanita yang menghidap penyakit ini tidak akan mengalami simptom-simptom bagaimanapun ia bergantung di mana fibroid itu berada serta saiznya.

Tambah beliau lagi, individu yang mempunyai fibroid hanya akan berasa sakit sekiranya fibroid mengalami pendarahan dan jangkitan kuman yang kebiasaannya pada fibroid yang bersaiz besar.

Fibroid yang bersaiz besar kadangkala menekan pundi kencing menyebabkan individu mempunyai simptom sering kencing manakala fibroid di dalam ruang endometrium atau submukosa iaitu pada dinding rahim yang akan menyebabkan individu tersebut sukar untuk hamil kerana penyempitan pada salur fallopio boleh berlaku.

 

Adakah fiborid akan mengganggu kehamilan?

             Dalam kalangan wanita hari ini, 20 hingga 25 peratus daripada mereka mempunyai fibroid bagaimanapun daripada jumlah ini 10 hingga 12 peratus sahaja yang menghidapinya ketika hamil.

“Bagi wanita sedang hamil tidak semua fibroid akan membesar atau aktif .

Fibroid membesar ketika hamil adalah disebabkan hormon estrogen yang meningkat ketika hamil, begitupun tidak semua fibroid akan membesar atau aktif ketika hamil.

Kebiasaannya fibroid yang berukuran lebih daripada enam sentimeter berkemungkinan untuk lebih membesar ketika hamil dan pemantauan perlu dilakukan secara pemeriksaan klinikal atau imbasan ultrasound untuk melihat sama ada fibroid membesar serta melihat perkembangan fibroid ketika hamil,” ujarnya.

 

Sumber diperoleh daripada:
Facebook Lovera Malaysia

 

Berikut merupakan contoh fibroid yang boleh dikesan sewaktu pemeriksaan ultrasound.

Anterior Uterine Fibroid Wall

20160606_121536-1

9 Perkembangan Bayi Dalam Rahim Yang Pasti Mengagumkan

Berikut antara perkembangan dan tindak balas bayi dalam kandungan.
1. Penglihatan
Kelopak matanya masih tertutup rapat, tetapi pada minggu ke-28, matanya tidak tertutup rapat lagi. Bayi mungkin melihat serta membuka dan menutup matanya.
2. Pendengaran
Bayi boleh mendengar suara anda dan sekiranya dia sedang tidur, dia boleh dibangunkan oleh bunyi muzik yang kuat. Dia mungkin menggemari beberapa jenis muzik dan menunjukkan kegemarannya melalui pergerakan. Dia akan melompat apabila terdengar bunyi yang mengejutkan.
3. Ekspresi Wajah
Bayi mengerutkan dahi, menjulingkan mata, mengerutkan bibir serta membuka dan menutup mulut.
4. Sistem Sokongan Hidup
Bayi dibekalkan dengan nutrien oleh plasenta serta dilindungi oleh cecair amnion hangat yang boleh ditukar setiap empat jam. Cecair ini mengawal suhu badan bayi serta melindunginya daripada jangkitan dan hantukan yang tiba-tiba.
5. Pergerakan
Bayi menendang dan menumbuk, dan ada kalanya membuat balik kuang. Bayi boleh menggenggam tangannnya.
6. Corak Tidur
Bayi tidur dan bangun secara tidak tetap. Bayi mungkin paling aktif ketika anda cuba hendak tidur.
7. Keperibadian
Bahagian otak yang melibatkan peribadi dan kecerdikan lebih kompleks apabila tiba bulan ketujuh. Oleh itu, peribadi bayi akan terbentuk tidak lama lagi.
8. Menghisap, Menelan Dan Bernafas
Bayi menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya lalu mengalirkan air itu keluar dari badan sebagai air kencing. Kadangkala bayi minum terlalu banyak cecair tersebut dan tersedu. Bayi membuat pergerakan bernafas dengan dadanya, berlatih untuk persediaan hidup di luar rahim.
9. Rasa
IMG_20160412_1_2Tunas rasanya sedang terbentuk dan menjelang minggu ke-28, bayi dapat bertindak balas terhadap rasa manis, masam dan pahit.

Pemeriksaan Detail Ultrasound Scan

 

 Detail Scan

        Semasa pemeriksaan detail scan dilakukan, pakar ultrasound (sonographer) akan memeriksa serta mengenal pasti sebarang masalah yang terdapat pada organ-organ serta bahagian kaki dan tangan bayi di dalam kandungan.

Bergantung kepada keadan tertentu, sebarang masalah yang dikenal pasti semasa pemeriksaan akan menunjukkan sama ada bayi tersebut mempunyai harapan untuk hidup,memerlukan pemeriksaan berkala ataupun memerlukan rawatan sebaik sahaja bayi tersebut dilahirkan.

Sekiranya keadaan bayi tersebut memerlukan rawatan, ia akan membantu pihak hospital yang berkenaan untuk mengetahui terlebih dahulu, supaya mereka boleh memastikan bayi anda mempunyai penjagaan yang betul sebaik sahaja dia dilahirkan.

Namun begitu, tidak dinafikan bahawa akan ada keadaan dan keabnormalan yang sukar untuk dilihat dan dikenal pasti semasa pemeriksaan sedang dijalankan. Ini disebabkan faktor-faktor seperti posisi, kedudukan bayi, air ketuban, ketebalan kulit perut dan lain-lain.

   

Jenis Kecacatan Dikesan Semasa Detail Scan 

  Berikut adalah senarai kecacatan, dan peluang peratusan sonographer anda melihat setiap satu, jika bayi anda mempunyai sebarang masalah:

  • Ketiadaan bahagian atas kepala (anencephaly): 98%
  • Sumbing bibir & lelangit (cleft lip & palate): 75%
  • Kecacatan dinding abdomen, di mana usus dan hati menonjol keluar (exomphalos): 80%
  • Kecacatan dinding abdomen, di mana usus menonjol keluar (gastroschisis): 98%
  • Ketiadaan atau masalah terlampau pendek ukuran bahagian anggota kaki dan tangan: 90%
  • Kecacatan saraf tunjang (spina bifida): 90%
  • Masalah utama buah pinggang (hilang atau kecacatan buah pinggang): 84%
  • Lubang pada otot yang memisahkan dada dan abdomen (hernia diaphragmatic): 60%
  • Cecair berlebihan dalam otak (hydrocephalus): 60%
  • Sindrom Edwards atau sindrom Patau (keabnormalan kromosom): 95%
  • Masalah jantung serius (kecacatan pada ruang jantung, injap atau saluran): 50%

 

Oleh itu, pemeriksaan anomali atau detail scan amat penting bagi mengenal pasti sekiranya terdapat sebarang keabnormalan pada pembesaran bayi. 

 

Sumber diperoleh daripada

http://www.babycentre.co.uk/a557390/anomaly-scan-20-weeks)

[rev_slider home

Cara Mengenal Jaundice Pada Bayi

jaundice
jaundice

Jaundice atau dikenali juga sebagai ‘demam kuning’. Sebenarnya ia tidak melibatkan jangkitan demam. Ia adalah penyakit yang menyebabkan tubuh bayi berwarna kuning.
Demam kuning terjadi apabila hati bayi tidak cukup matang untuk meneruskan proses penyingkiran bilirubin daripada badan.

Bilirubin adalah bahan dalam badan yang dihasilkan daripada proses pemecahan sel darah merah.
Bilirubin akan dikumuhkan oleh limfa tetapi disebabkan limfa bayi tidak matang, jadi ia tidak mampu dikumuhkan dalam tempoh yang cepat.
Cara Mengenal Bayi Jaundice.

1. Tekan hidung tiga hingga empat saat menggunakan jari telunjuk. Kemudian lepaskan. Jika bayi mengalami jaundis, bahagian berkenaan akan kelihatan kuning.

2. Cara yang sama boleh digunakan dengan menekan gusi bayi.

3. Cara yang paling senang untuk mengesan jaundis ialah menerusi mata putih bayi yang biasanya bertukar kekuningan jika mengalami jaundis.