Pengenalan
‘Congenital Talipes Equino Varus’(CTEV) atau dikenali sebagai “Clubfoot” merupakan kondisi kaki di kalangan kanak-kanak. Kondisi ini mempunyai sebelah atau kedua-dua belah kaki yang menghala ke atas dan ke dalam sewaktu dalam posisi kaki yan tidak memijak lantai.
Terdapat dua jenis “Clubfoot”:
-
Clubfoot berpunca dari Postural – Melibatkan otot yang tegang sahaja. Tulang dan sendi di sekeliling tidak terjejas
-
Clubfoot berpunca dari Struktur – Melibatkan struktur tulang dan sendi yang mengalami perkembangan kurang sempurna. Kaki tidak dapat mencapai julat pergerakkan yang penuh secara pasif
Kondisi “Clubfoot” mempunyai kecenderungan untuk berlaku sebanyak 1 dalam 1000 kelahiran. Kekerapan kodisi yang berlaku di kalangan bayi lelaki adalah dua kali ganda berbanding bayi perempuan. Sejarah keluarga juga dapat menyumbang kepada kekerapan tersebut.
Sumber: http://www.kkh.com.sg/HealthPedia/ Pages/ChildhoodIllnessesClubFoot.aspx |
Sumber: http://ortotik-prostetik.blogspot.com/2014/04/teknik-perawatan-untuk-kaki-pengkor.html |
Punca Clubfoot
-
Punca postural: Packing Disorder (anak pertama, bayi bersaiz besar >4kg pada kelahiran, kekurangan air ketuban sewaktu mengandung)
-
Punca struktur: tidak diketahui. Juga boleh disebabkan oleh faktor genetik
Bila Saya boleh mengenalpasti Clubfoot bayi saya?
Anda boleh mengenalpasti talipes semasa detail scan dalam minggu 18-26 minggu. Ultrasound tidak boleh mengenalpasti berapa teruk kesan talipes semasa bayi dalam perut, tetapi ia akan membantu dalam mengesan simptom-simptom lain (terutamanya jika ia berkaitan dengan masalah genetik) serta membantu dalam pengurusan penyakit selepas bayi dilahirkan.
Sekiranya talipes tidak dapat dikesan dalam ultrasaound scan biasa, ia juga boleh dikenalpasti pada peringkat kelahiran seseorang bayi semasa pemeriksaan newborn. Gejala/ tanda adalah seperti berikut:
-
Kaki yang menghala ke dalam dan ke atas
-
Tegang pada otot betis
-
Julat pergerakkan yang terhad di sendi pergelangan kaki (berpunca struktur)
-
Deformiti kaki yang ketara
Komplikasi
-
Gaya jalan (gait) yang kurang normal
-
Kesakitan kaki
-
Ketidakselesaan pada kaki jika kondisi ini tidak dirawat pada peringkat awal
-
Susah untuk berjalan atau mengerakkan kaki secara normal jika kondisi tidak dirawat
Rawatan Fisioterapi
-
Berpunca Postural: Rawatan Fisioterapi boleh mengatasi kondisi clubfoot dengan efektif:
-
Senaman regangan
-
Teknik stimulasi kepada tapak kaki
Sumber: http://www.dermalinstitute.com/us/news/?m=201202 |
Sumber: http://www.steps-charity.org.uk/CDH/DDH/67246-Physio-weak-muscles-Kinesio-Tape.html |
-
Teknik mengaplikasikan taping
-
Manipulasi tisu lembut (melakukan urut pada otot)
Sumber : http://raisingchildren.net.au/articles/baby_massage.html/context/430
-
Berpunca Struktur:
-
Kasting berterusan (serial casting) dan manipulasi kaki
-
Rawatan pembedahan untuk kes yang serius seperti: Achilles Tenotomy
Sumber: http://thephysiotherapy.com/clubfoot-or-ctev-congenital-talipes-equinovarus/ |
Sumber: http://www.kkh.com.sg/HealthPedia/Pages /ChildhoodIllnessesClubFoot.aspx |
-
Semanan regangan supaya otot yang terlibat tidak memendek
-
Senaman untuk meningkatkan julat pergerakkan sendi
-
Senaman untuk meningkatkan joint sense dan pengawalan pergerakkan pada sendi pergelangan kaki
-
Senaman untuk menguatkan otot betis, kumpulan otot peroneal dan paha
-
Preskripsi untuk sokongan arkus tapak kaki (foot arch support) untuk meningkatkan kefungsian biomechanic kaki
-
Sokongan Orthosis untuk kaki seperti Ankle-Foot-Orthosis (AFO)
Kesimpulan
Pengenalpastian kondisi ini pada peringkat awal adalah sangat penting. Perawatan awal kepada kondisi clubfoot boleh menyenangkan proses rawatan kerana sendi dan otot kanak-kanak adalah lembut. Untuk kondisi yang memerlukan pembedahan, rawatan fisioterapi biasanya dilakukan sejurus selepas itu.
Sumber: http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/bayikanak-kanak/keperluan-kanak-kanak-khas/congenital-talipes-equinovarus-ctev