Cara mengira pergerakan bayi dalam kandungan (carta pergerakan)

TAK PASTI CARA MENGIRA PERGERAKAN BAYI DALAM PERUT?

Antara soalan yang selalu ditanya oleh mama masa membuat imbasan perut: ”miss tahu tak cara mengira pergerakan dalam perut?” ”Baby saya kurang bergerak la, baby ok tak?”
Mengira pergerakan bayi memang sangat penting bagi mengetahui keaktifan, pergerakan jantung dan memahami pola pergerakan harian bayi.
Lazimnya ibu hamil diminta doktor mencatatkan pergerakan bayi bermula dari minggu  ke -28 kehamilan. Bagaimanapun, ramai ibu hamil menganggap tugas mengira itu rumit dan kadang-kadang keliru tidak tahu mengesan pergerakan.
Image result for pergerakan bayi dalam kandungan

BILA BOLEH RASA BABY GERAK

Jom tengok video dulu dari pakar sakit puan Dr Noor Shaheran Abdul Hayi, Konsultant Obstetrik dan Gynaekologi Hospital Kuala Lumpur (Video courtesy from Pa&Ma)

PERLU TAHU

Bayi sihat lazimnya bayi yang aktif. Pada minggu ke-28, bayi semakin aktif dan kerap melakukan pelbagai jenis pergerakan. Tambahan pula, kantung ketuban anda pada usia kehamilan ini mengandungi lebih kurang 750ml cecair bagi membolehkan dia bergerak dengan bebas.

PANDUAN UNTUK IBU HAMIL.

1 – Menurut kolej pediatrik Amerika dan kebanyakan doktor pakar perbidanan dan sakit puan, mereka mencadangkan agar kiraan sehingga 10 kali pergerakan perlu dilakukan tidak kira sama ada tendangan, gulungan, tumbukan atau pergerakan-pergerakan lainnya dalam tempoh 12 jam.
2- Carta kiraan pergerakan bayi lazimnya digalakkan bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 9 malam. Anda boleh mula mengira pergerakan bayi dengan memilih waktu di mana baayi anda biasanya bergerak aktif. Sehubungan itu, ramai ibu berpendapat, waktu bayi bergerak aktif selepas waktu makan.
3- Ketika mengira pergerakan bayi anda, digalakkan berada di dalam posisi selesa. Anda boleh berbaring dengan posisi mengiring ataupun duduk di sofa. Sesetengah ibu suka duduk sambil merehatkan bahagian belakang dan memegang perut ketika mengira.
4- Pengiraan pergerakan bayi akan dikira sebagai satu gerakan apabila bayi bergerak kemudian berhenti dalam jangka masa yang agak lama. Jika bayi anda bergerak, kemudian berhenti selama beberapa saat dan bergerak kembali, itu masih dikira satu pergerakan.
5- Satu kali gerakan bersamaan dengan satu  kali pusingan. Bayi biasanya bergerak aktif ke kiri dan kanan; atas dan ke bawah dalam satu-satu masa.
6- Keadaan itu diambil kira sebagai satu kali gerakan! Setelah beberapa minit, bayi akan bergerak lagi dalam keadaan sama lalu ia dikira sebagai gerakan kali kedua. Berdasarkan pengalaman ramai, carta tendangan bayi mampu dilengkapkan dalam jam 3 petang hingga 4 petang.

AMBIL PERHATIAN.

1) Sekirannya bayi tidak bergerak sehingga 10 kali dalam tempoh 12 jam atau anda mendapati bayi kurang aktif berbanding biasa, segera berjumpa doktor. Biasanya doktor akan melakukan pemeriksaan dengan memeriksa kadar degupan jantung dan pergerakan bayi.
2) Jika terdapat perubahan pola tersebut, berjumpalah doktor dengan segera untuk mengetahui puncanya agar kejadian tidak diingini dapat dikenalpasti di peringkat awal.
3) Perlu dumaklumi bahawa jika anda berada dalam keadaan sibuk, anda mungkin tidak dapat menyedari pergerakan bayi. Sebaik-baiknnya, lakukan rutin ini ketika anda berada di dalam keadaan tenang. Sehubungan itu ada beberapa cara untuk merangsang bayi bergerak.
Panduan berikut mungkin dapat membantu:
  • Baring secara mengiring dengan mengampu punggung dan jangan bergerak.
  • Angkat kaki ke atas dan relaks
  • Halakan bunyi muzik ke perut anda. Bagi muslim adalah lebih baik anda mendengarkan ayat suci Al-Quran.

 

 

Sumber: http://www.mamapeduli.info/2015/12/cara-mengira-pergerakan-bayi.html#ixzz4VPnW4gJp

 

NOTA: Maklumat di atas merupakan cadangan dan panduan untuk para ibu. Pihak Sonoworld tidak bertanggungjawab tentang sebarang masalah ketepatan artikel di atas, Untuk sebarang pertanyaan haruslah sentiasa dirujuk ke doktor pakar masing-masing.

9 Perkembangan Bayi Dalam Rahim Yang Pasti Mengagumkan

Berikut antara perkembangan dan tindak balas bayi dalam kandungan.
1. Penglihatan
Kelopak matanya masih tertutup rapat, tetapi pada minggu ke-28, matanya tidak tertutup rapat lagi. Bayi mungkin melihat serta membuka dan menutup matanya.
2. Pendengaran
Bayi boleh mendengar suara anda dan sekiranya dia sedang tidur, dia boleh dibangunkan oleh bunyi muzik yang kuat. Dia mungkin menggemari beberapa jenis muzik dan menunjukkan kegemarannya melalui pergerakan. Dia akan melompat apabila terdengar bunyi yang mengejutkan.
3. Ekspresi Wajah
Bayi mengerutkan dahi, menjulingkan mata, mengerutkan bibir serta membuka dan menutup mulut.
4. Sistem Sokongan Hidup
Bayi dibekalkan dengan nutrien oleh plasenta serta dilindungi oleh cecair amnion hangat yang boleh ditukar setiap empat jam. Cecair ini mengawal suhu badan bayi serta melindunginya daripada jangkitan dan hantukan yang tiba-tiba.
5. Pergerakan
Bayi menendang dan menumbuk, dan ada kalanya membuat balik kuang. Bayi boleh menggenggam tangannnya.
6. Corak Tidur
Bayi tidur dan bangun secara tidak tetap. Bayi mungkin paling aktif ketika anda cuba hendak tidur.
7. Keperibadian
Bahagian otak yang melibatkan peribadi dan kecerdikan lebih kompleks apabila tiba bulan ketujuh. Oleh itu, peribadi bayi akan terbentuk tidak lama lagi.
8. Menghisap, Menelan Dan Bernafas
Bayi menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya lalu mengalirkan air itu keluar dari badan sebagai air kencing. Kadangkala bayi minum terlalu banyak cecair tersebut dan tersedu. Bayi membuat pergerakan bernafas dengan dadanya, berlatih untuk persediaan hidup di luar rahim.
9. Rasa
IMG_20160412_1_2Tunas rasanya sedang terbentuk dan menjelang minggu ke-28, bayi dapat bertindak balas terhadap rasa manis, masam dan pahit.

Nuchal Translucency (NT) Scan

Apakah Nuchal Translucency?

Ini ialah cecair di bawah kulit pada tengkuk bayi. Ia boleh diukur menggunakan ultrasound semasa bayi anda di antara 11 minggu dan 13 minggu dan enam hari. Cecair ini ada pada kesemua bayi, tetapi ramai bayi dengan sindrom Down mempunyai cecair ini pada tahap yang lebih tinggi.

Imbasan nuchal translucency (NT) ialah ujian saringan yang menilai samada bayi anda berkemungkinan mempunyai sindrom Down. Ujian saringan hanya boleh menganggarkan risiko bayi anda mempunyai sindrom Down, manakala ujian diagnostik seperti CVS atau amniosintesis akan memberi anda diagnosis yang tepat (tetapi mempunyai risiko kecil keguguran).

Imbasan NT tidak dapat memberitahu dengan tepat samada bayi anda mengalaminya, tetapi ia boleh membantu anda membuat keputusan samada perlu membuat ujian diagnostik atau tidak.

Bagaimanakah imbasan NT ini dilakukan?

Kelebaran NT akan diukur. Kulit akan kelihatan sebagai satu garisan putih, dan cecair di bawahnya akan kelihatan hitam.

NT yang berukuran sehingga 2mm adalah normal pada kira-kira minggu ke-11, dan sehingga kira-kira 2.8mm menjelang minggu ke-13 dan enam hari. NT biasanya bertambah sekata dengan tumbesaran bayi. Pertambahan NT tidak bermakna pasti ada masalah. Ada di antara bayi tanpa sindrom Down juga mengalami peningkatan NT. Apabila NT bertambah, risiko Down dan ketaknormalan kromosom lain juga meningkat.

Berapa tepatkah imbasan nuchal translucency ini?

Imbasan NT mengesan kira-kira 75 peratus bayi dengan sindrom Down. Gabungan imbasan NT dan ujian darah boleh memberi keputusan yang lebih tepat. Ujian darah mengukur tahap beta-hCG bebas hormon dan protein PAPP-A. Bayi dengan sindrom Down biasanya mempunyai tahap hCG yang tinggi dan PAPP-A yang rendah. Apabila imbasan NT digabungkan dengan ujian darah ini, kadar pengesanan meningkat sehingga kira-kira 90 peratus. Ujian ini dipanggil ujian gabungan.

 

Cleft Lip and Palate (Sumbing Bibir dan Lelangit)

APAKAH SUMBING BIBIR DAN LELANGIT?

Sumbing bibir dan lelangit merupakan cacat akibat kelainan deformitas kongenital yang disebabkan kelainan perkembangan wajah selama gestasi. Sumbing dapat terjadi pada bibir, langit-langit mulut (palatum), ataupun pada keduanya. Sumbing terjadi dalam pertama 30-60 hari kehamilan. Bibir biasanya dibentuk pada 5-6 minggu kehamilan dan langit-langit dibentuk pada 10 minggu.

Sumbing bibir terbahagi kepada 2 iaitu unilateral dan bilateral.

APAKAH YANG MENYEBABKAN SUMBING?

Penyebab yang tepat tentang sumbing tidak diketahui, tetapi dipercayai berlaku dengan gabungan faktor genetik dan persekitaran. Kebanyakan yang memperoleh anak sumbing mempunyai sejarah ahli keluarga yang mengalami keadaan yang sama. Pengambilan ubat yang tanpa rujukan doktor, racun dan jangkitan viral turut menjadi faktor kepada terjadinya keadaan ini.

Ibu yang mengambil ubat untuk epilepsi mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi melahirkan bayi dengan sumbing. Ini meliputi ubat-ubat seperti:

  • Phenytoin,
  • Phenobarbital,
  • Natrium valproate,
  • Benzodiazepines dll.

Mereka mengambil kortikosteron, metotreksat (untuk psoriasis, radang sendi atau kanker) atau isotretinoin (untuk jerawat) adalah juga berisiko. Kekurangan vitamin b dan asam folat dalam diet ibu adalah penyebab umum berkait dengan sumbing dalam yang baru lahir. Wanita yang lebih tua pada waktu kelahiran bayi mereka berada pada risiko yang lebih tinggi memiliki anak dengan sumbing. Infeksi virus selama kehamilan juga dapat dikaitkan dengan sumbing.

MASALAH YANG MUNGKIN WUJUD SEBAB SUMBING

Kegagalan untuk mendapatkan berat badan yang sepatutnya

Bermasalah dalam pengambilan pemakanan

Aliran susu melalui rongga hidung semasa menyusu

Gigi tidak sejajar

Jangkitan pada telinga

RAWATAN

Pakar yang terlibat dalam proses rawatan sumbing adalah seperti:

Pakar pembedahan plastik

Pakar Pembedahan Otolaryngologi (ENT)

Doktor Gigi (dentist)

Orthodontist (Pakar Pembentukan Gigi)

Audiologist (Pakar Pendengaran dan Pakar Terapi Pertuturan)

Kakitangan kesihatan.

Rawatan yang terlibat pula adalah:

1 – 3 bulan : Pembetulan bibir

9 – 12 bulan : Pembetulan lelangit

1 – 2 tahun : Penilaian pendengaran

3 – 4 tahun : Penilaian pertuturan

8 – 10 tahun : Ortondontik

9 – 12 tahun : ‘Alveolar Bone Grafting’ (ABG)

13 – 17 tahun : Rawatan susulan ortodontik

18 tahun dan atas : Pembedahan rahang (jika perlu)

Jadual rawatan boleh berubah bergantung kepada individu. Yang penting perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor terlebih dahulu.

KUMPULAN SOKONGAN

Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia (CLAPAM) ialah organisasi tanpa untung (non-profit), bukan kerajaan, dan kumpulan sokongan yang terdiri dari ibu bapa yang mempunyai anak yang dilahirkan dengan berkeadaan klef (sumbing) bibir dan/atau lelangit, orang dewasa yang berkeadaan klef bibir dan/atau lelangit dan para profesional kesihatan yang mengendalikan individu ini.

Website: http://bahasa.clapam.org.my/

Box # 611, Lot 4.46A, 4th Floor

Wisma Central, Jalan Ampang

50450, Kuala Lumpur

Tel/Fax : 03-2162 1445

E-Mail :  senyum@clapam.org.my / clapam@streamyx.com

 

Congenital Talipes Equinovarus (CTEV) / Clubfoot

Pengenalan

‘Congenital Talipes Equino Varus’(CTEV) atau dikenali sebagai “Clubfoot” merupakan kondisi kaki di kalangan kanak-kanak. Kondisi ini mempunyai sebelah atau kedua-dua belah kaki yang menghala ke atas dan ke dalam sewaktu dalam posisi kaki yan tidak memijak lantai.

Terdapat dua jenis “Clubfoot”:

  1. Clubfoot berpunca dari Postural – Melibatkan otot yang tegang sahaja. Tulang dan sendi di sekeliling tidak terjejas

  2. Clubfoot berpunca dari Struktur – Melibatkan struktur tulang dan sendi yang mengalami perkembangan kurang sempurna. Kaki tidak dapat mencapai julat pergerakkan yang penuh secara pasif

Kondisi “Clubfoot” mempunyai kecenderungan untuk berlaku sebanyak 1 dalam 1000 kelahiran. Kekerapan kodisi yang berlaku di kalangan bayi lelaki adalah dua kali ganda berbanding bayi perempuan. Sejarah keluarga juga dapat menyumbang kepada kekerapan tersebut.

Sumber: http://www.kkh.com.sg/HealthPedia/ Pages/ChildhoodIllnessesClubFoot.aspx

Sumber: http://ortotik-prostetik.blogspot.com/2014/04/teknik-perawatan-untuk-kaki-pengkor.html

Punca Clubfoot

  • Punca postural: Packing Disorder (anak pertama, bayi bersaiz besar >4kg pada kelahiran, kekurangan air ketuban sewaktu mengandung)

  • Punca struktur: tidak diketahui. Juga boleh disebabkan oleh faktor genetik

Bila Saya boleh mengenalpasti Clubfoot bayi saya?

Anda boleh mengenalpasti talipes semasa detail scan dalam minggu 18-26 minggu. Ultrasound tidak boleh mengenalpasti berapa teruk kesan talipes semasa bayi dalam perut, tetapi ia akan membantu dalam mengesan simptom-simptom lain (terutamanya jika ia berkaitan dengan masalah genetik) serta membantu dalam pengurusan penyakit selepas bayi dilahirkan.

talipes 2 talipes 1

 

Sekiranya talipes tidak dapat dikesan dalam ultrasaound scan biasa,  ia juga boleh dikenalpasti pada peringkat kelahiran seseorang bayi semasa pemeriksaan newborn. Gejala/ tanda adalah seperti berikut:

  • Kaki yang menghala ke dalam dan ke atas

  • Tegang pada otot betis

  • Julat pergerakkan yang terhad di sendi pergelangan kaki (berpunca struktur)

  • Deformiti kaki yang ketara

 Komplikasi

  • Gaya jalan (gait) yang kurang normal

  • Kesakitan kaki

  • Ketidakselesaan pada kaki jika kondisi ini tidak dirawat pada peringkat awal

  • Susah untuk berjalan atau mengerakkan kaki secara normal jika kondisi tidak dirawat

 Rawatan Fisioterapi

  • Berpunca Postural: Rawatan Fisioterapi boleh mengatasi kondisi clubfoot dengan efektif:

  • Senaman regangan

  • Teknik stimulasi kepada tapak kaki

Sumber: http://www.dermalinstitute.com/us/news/?m=201202

Sumber: http://www.steps-charity.org.uk/CDH/DDH/67246-Physio-weak-muscles-Kinesio-Tape.html

  • Teknik mengaplikasikan taping

  • Manipulasi tisu lembut (melakukan urut pada otot)


Sumber : http://raisingchildren.net.au/articles/baby_massage.html/context/430

  • Berpunca Struktur:

  • Kasting berterusan (serial casting) dan manipulasi kaki

  • Rawatan pembedahan untuk kes yang serius seperti: Achilles Tenotomy

Sumber: http://thephysiotherapy.com/clubfoot-or-ctev-congenital-talipes-equinovarus/

Sumber: http://www.kkh.com.sg/HealthPedia/Pages /ChildhoodIllnessesClubFoot.aspx

  • Semanan regangan supaya otot yang terlibat tidak memendek

  • Senaman untuk meningkatkan julat pergerakkan sendi

  • Senaman untuk meningkatkan joint sense dan pengawalan pergerakkan pada sendi pergelangan kaki

  • Senaman untuk menguatkan otot betis, kumpulan otot peroneal dan paha

  • Preskripsi untuk sokongan arkus tapak kaki (foot arch support) untuk meningkatkan kefungsian biomechanic kaki

  • Sokongan Orthosis untuk kaki seperti Ankle-Foot-Orthosis (AFO)

Kesimpulan

Pengenalpastian kondisi ini pada peringkat awal adalah sangat penting. Perawatan awal kepada kondisi clubfoot boleh menyenangkan proses rawatan kerana sendi dan otot kanak-kanak adalah lembut. Untuk kondisi yang memerlukan pembedahan, rawatan fisioterapi biasanya dilakukan sejurus selepas itu.

Sumber:  http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/bayikanak-kanak/keperluan-kanak-kanak-khas/congenital-talipes-equinovarus-ctev

Cara Mengenal Jaundice Pada Bayi

jaundice
jaundice

Jaundice atau dikenali juga sebagai ‘demam kuning’. Sebenarnya ia tidak melibatkan jangkitan demam. Ia adalah penyakit yang menyebabkan tubuh bayi berwarna kuning.
Demam kuning terjadi apabila hati bayi tidak cukup matang untuk meneruskan proses penyingkiran bilirubin daripada badan.

Bilirubin adalah bahan dalam badan yang dihasilkan daripada proses pemecahan sel darah merah.
Bilirubin akan dikumuhkan oleh limfa tetapi disebabkan limfa bayi tidak matang, jadi ia tidak mampu dikumuhkan dalam tempoh yang cepat.
Cara Mengenal Bayi Jaundice.

1. Tekan hidung tiga hingga empat saat menggunakan jari telunjuk. Kemudian lepaskan. Jika bayi mengalami jaundis, bahagian berkenaan akan kelihatan kuning.

2. Cara yang sama boleh digunakan dengan menekan gusi bayi.

3. Cara yang paling senang untuk mengesan jaundis ialah menerusi mata putih bayi yang biasanya bertukar kekuningan jika mengalami jaundis.

Kehamilan & Keputihan

Bagaimana saya tahu jika saya mengalami keputihan?

Lelehan faraj yang lebih banyak daripada biasa adalah normal bagi wanita hamil. Lelehan yang sihat bersifat cair dan berwarna seperti susu. Tetapi jika anda mengalami keputihan:

  • lelehan itu menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau seperti keju kotej;
  • terdapat kegatalan, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung anda;
  • anda akan rasa sakit apabila bersama suami;
  • rasa sakit apabila membuang air kecil.

Bagaimanakah saya boleh mendapat keputihan?

Jangkitan pada bahagian faraj agak biasa berlaku semasa hamil. Keputihan diakibatkan oleh kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans. Kulat ini ada dalam badan setiap orang. Ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita dan secara umumnya, bakteria dalam badan mengawalnya. Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan dan anda mungkin tidak tahu ia berada dalam badan anda.

 

Namun ia menjadi satu masalah apabila terdapat ketidakseimbangan di antara jumlah kulat yis dan mikro-organisme lain dalam badan kita. Anda lebih berkemungkinan mengalami keputihan jika:

  • Anda hamil. Semasa hamil, faraj kita mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat.
  • Anda memakai pakaian yang ketat atau yang diperbuat daripada bahan sintetik, seperti seluar jeans atau seluar dalam daripada nilon. Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran angin, lantas menggalakkan pertumbuhan keputihan.
  • Anda menggunakan mandian buih berwangian atau pelapik seluar dalam beraroma yang mungkin menyebabkan ketidakselesaan.
  • Anda mengambil antibiotik. Antibiotik boleh mengganggu keseimbangan di antara mikro-organisme baik dan jahat yang tinggal di dalam perut anda.
  • Anda mengalami kencing manis atau diabetes gestasi yang tidak dikawal dengan baik.

Walaupun keputihan tidak dikategorikan sebagai penyakit yang berjangkit melalui hubungan seksual, anda boleh mengalaminya jika suami anda mengalaminya.

 

Bilakah saya harus berjumpa doktor?

Jika anda rasa anda mengalami keputihan, beritahulah doktor anda. Jangan menderita dalam diam. Doktor anda mungkin akan memeriksa kawasan di sekitar faraj untuk mengenalpasti masalah sebenarnya. Jika beliau tidak pasti samada itu adalah keputihan, beliau akan mencadangkan ujian makmal dilakukan, di mana sedikit cairan akan diambil daripada faraj dan dihantar ke makmal.

 

Doktor anda mungkin akan mempriskripsikan ubat jenis pessari atau krim anti kulat yang sesuai digunakan pada tahap kehamilan anda. Anda mungkin memerlukan rawatan penuh selama tujuh hari untuk menghapuskan keputihan dengan sempurna. Walau bagaimanapun, jika anda dalam trimester pertama, doktor anda mungkin tidak mahu mempriskripsikan apa-apa setakat itu.

 

Jika anda diberikan ubat jenis pessari, anda juga mungkin diberi alat untuk memasukkan ubat itu ke dalam faraj. Jika ini berlaku, berhati-hati supaya tidak memberi tekanan kepada serviks, iaitu bahagian leher uterus (rahim) anda. Anda mungkin lebih suka memasukkannya dengan perlahan-lahan menggunakan jari sendiri.

 

Keputihan boleh jadi sukar untuk dihapuskan apabila anda hamil. Rawatan yang berkesan bagi wanita yang tidak hamil mungkin tidak berkesan pada anda. Bincanglah dengan doktor anda sebelum menggunakan apa-apa ubat yang boleh dibeli di pasaran. Ia bukan sahaja mahal, malah tidak semestinya berkesan dan mungkin tidak sesuai digunakan semasa hamil. Jangan ambil ubat yang anda harus telan untuk merawat keputihan. Kita masih belum tahu samada ianya selamat diambil ketika hamil.

 

Jika suami anda mempunyai simptom-simptom keputihan, dia juga perlu menerima rawatan. Jika tidak, ada kemungkinan anda akan dijangkiti lagi walaupun setelah anda menerima rawatan.

 

Adakah apa-apa rawatan di rumah yang boleh saya cuba?

Sesetengah cadangan berikut mungkin boleh membantu:

  • Sapukan yogurt asli dengan bakteria hidup ke dalam dan di sekeliling faraj.
  • Pakai seluar dalam kapas, seluar panjang yang longgar atau kain.
  • Jangan berendam dalam mandian panas terlalu lama kerana ini menyediakan persekitaran yang hangat dan lembap yang sangat sesuai untuk pembiakan kulat. Jangan gunakan mandian buih yang mempunyai wangian juga.
  • Lap punggung hingga ke bahagian hadapan sehingga benar-benar kering selepas anda ke tandas.
  • Pastikan faraj anda cukup basah sebelum anda bersama suami.

 

Adakah keputihan akan membahayakan bayi saya?

Tidak. Bayi anda selamat dan terlindung di dalam uterus (rahim) anda dan tidak terjejas sama sekali. Jika anda mengalami jangkitan semasa anda sakit bersalin, ada sedikit kemungkinan yang bayi anda akan dijangkiti apabila dia melalui faraj anda ketika keluar daripada rahim.

 

Jika bayi anda yang baru lahir mengalami keputihan, anda akan melihat tompokan putih di mulutnya. Jika anda menyusu badan, kedua-dua ibu dan bayi memerlukan rawatan kerana keputihan ini boleh merebak ke payudara anda juga.

 

Anda mungkin dapati keputihan datang dan pergi sepanjang kehamilan. Walaupun ia mengambil masa untuk dihapuskan dan agak tidak menyelesakan, ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan sangat.

 

SUMBER DRP BABYCENTER.COM

 

TIPS CARA MENERAN DENGAN BETUL SEMASA BERSALIN

TIPS CARA MENERAN DENGAN BETUL SEMASA BERSALIN

Waktu Mula Meneran

Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10 cm) iaitu ketika kepala janin sudahpun turun ke dasar pinggul.

Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.

Posisi Meneran Yang Tepat

Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka. Kedua tangan memeluk peha dengan cara melingkarkannya ke bawah paha. Meneran juga dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada di sebelah kiri ataupun kanan.

Cara Meneran

Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya. Waktu ini doktor akan meminta anda untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil). Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya anda dapat melihat perut anda.

Bagaimanapun, ramai juga ibu hamil yang melakukan kesilapan ketika meneran. Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna. Ia akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukarkan proses bersalin selanjutnya.

Di samping itu ada juga ibu hamil yang silap meneran ‘di leher’ dan bukannya di perut. Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang-kadang disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.

1. Angkat kepala dagu cecah dada.
2. Mata pandang perut
3. Tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali)
4. Masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan anda kurang tenaga dan lemah
5. Masa teran tu jangan sesekali angkat punggung kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina
6. Tarik nafas sedalam yang boleh dan teran macam nak buang air besar tanpa blow nafas anda.
7. Teran sekuat yang terdaya selama yang boleh dan curi nafas kemudian sambung teran tiap kontraksi
8. Tolak semasa kontraksi sahaja sebab masa tu baby pun gerak sama, jadi jangan buang masa
9. Baca Bismillah, Selawat

Tips tambahan:

Kongsi lah tips ni dengan suami supaya dapat mengingatkan anda. Mungkin masa tu anda akan terlupa disebabkan menahan sakit. Bila suami dah tau senang lah dia memberi panduan kepada anda.

Buat Sendiri Air Selusuh Cara Ustaz Don

Nama Ustaz Don memang tak asing lagi di Malaysia khususnya di TV-Alhijrah. Dengan loghat utara yang pekat, Ustaz Don berjaya mengikat hati penonton program 30 Minit Bersama Ustaz Don.

Dan bagi golongan bakal Ibu dan bapa yang menantikan kelahiran anak, Ustaz Don dengan senang hati berkongsi cara buat air selusuh sendiri di Majalah WANITA keluaran JUN 2014.

Ternyata, Mudahnya Buat Sendiri Air Selusuh Cara Ustaz Don ini.

Gambar Kredit- Page Ustaz Don DDaniyal Don Biyajid: Solat & Selawat

Para suami adalah orang yang paling afdhal untuk menyediakannya. Hanya ada 5 langkah untuk di baca:

1. Langkah Pertama: Surah Al-Fatihah (1X)

2. Langkah Kedua: Surah Al-Hasyr Ayat 21 hingga 24

 

Terjemahan Ayat 21: Kalau sekiranya Kami turunkan AL-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnyatunduk terpecah belah di sebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.

Terjemahan Ayat 22: Dialah Allah tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Terjemahan Ayat 23: Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Raja yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang Mengurniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

 

Terjemahan Ayat 24: Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang Membentuk Rupa, yang Mempunyai Asmaul Husna, Bertasbihlah kepadaNya apa yang di langit dan Bumi. Dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

3. Langkah Ketiga

selawat_syifa

Selawat Syifa’

Selawat Syifa

4. Langkah Keempat

Doa Selusuh, Terjemahannya:

” Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.

 

5. Langkah Kelima

Terjemahannya:

“Ya Allah, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang Maha Memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, Ya Arhamar Rahimin.

Kisah Air Selusuh Dan Kelahiran Don Mustofa

Mengikut cerita isteri Ustaz Don, Dr Husna pada hari beliau melahirkan anak mereka Don Mustofa pada 18 Januari 2014 suaminya itu tidak sempat pun membuat air selusuh sebenarnya.

Ustaz Don hanya menghembuskan ayat-ayat untuk membuat air selusuh tersebut dan mengusapkan sahaja pada perut beliau sebelum bersalin.

Alhamdulillah. Berkat doa seorang suami segalanya dipermudahkan. Redha suami datang bersama redha Allah. Sama-sama kita doakan agar kandungan kita selamat dan di permudahkan proses kelahirannya nanti.

FB group: sonoworld: kesihatan & kehamilan

FB pages: www.facebook.com/3d4dsonoworld