Detail Scan

        Semasa pemeriksaan detail scan dilakukan, pakar ultrasound (sonographer) akan memeriksa serta mengenal pasti sebarang masalah yang terdapat pada organ-organ serta bahagian kaki dan tangan bayi di dalam kandungan.

Bergantung kepada keadan tertentu, sebarang masalah yang dikenal pasti semasa pemeriksaan akan menunjukkan sama ada bayi tersebut mempunyai harapan untuk hidup,memerlukan pemeriksaan berkala ataupun memerlukan rawatan sebaik sahaja bayi tersebut dilahirkan.

Sekiranya keadaan bayi tersebut memerlukan rawatan, ia akan membantu pihak hospital yang berkenaan untuk mengetahui terlebih dahulu, supaya mereka boleh memastikan bayi anda mempunyai penjagaan yang betul sebaik sahaja dia dilahirkan.

Namun begitu, tidak dinafikan bahawa akan ada keadaan dan keabnormalan yang sukar untuk dilihat dan dikenal pasti semasa pemeriksaan sedang dijalankan. Ini disebabkan faktor-faktor seperti posisi, kedudukan bayi, air ketuban, ketebalan kulit perut dan lain-lain.

   

Jenis Kecacatan Dikesan Semasa Detail Scan 

  Berikut adalah senarai kecacatan, dan peluang peratusan sonographer anda melihat setiap satu, jika bayi anda mempunyai sebarang masalah:

  • Ketiadaan bahagian atas kepala (anencephaly): 98%
  • Sumbing bibir & lelangit (cleft lip & palate): 75%
  • Kecacatan dinding abdomen, di mana usus dan hati menonjol keluar (exomphalos): 80%
  • Kecacatan dinding abdomen, di mana usus menonjol keluar (gastroschisis): 98%
  • Ketiadaan atau masalah terlampau pendek ukuran bahagian anggota kaki dan tangan: 90%
  • Kecacatan saraf tunjang (spina bifida): 90%
  • Masalah utama buah pinggang (hilang atau kecacatan buah pinggang): 84%
  • Lubang pada otot yang memisahkan dada dan abdomen (hernia diaphragmatic): 60%
  • Cecair berlebihan dalam otak (hydrocephalus): 60%
  • Sindrom Edwards atau sindrom Patau (keabnormalan kromosom): 95%
  • Masalah jantung serius (kecacatan pada ruang jantung, injap atau saluran): 50%

 

Oleh itu, pemeriksaan anomali atau detail scan amat penting bagi mengenal pasti sekiranya terdapat sebarang keabnormalan pada pembesaran bayi. 

 

Sumber diperoleh daripada

http://www.babycentre.co.uk/a557390/anomaly-scan-20-weeks)

[rev_slider home

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*